Monday, June 30, 2014

Resepi Mee Goreng Basah Sedap



RESIPI MEE GORENG BASAH SIMPLE




PENGENALAN

Mee goreng ialah satu hidangan terkenal di Indonesia, Malaysia, dan Singapura. Ia adalah dibuat dengan mee kuning nipis digoreng dengan bawang, udang goreng, cili, sayur-sayuran, tomato, dan telur. Ia biasanya boleh didapati pada gerai mamak di Singapura dan kebanyakan gerai dan restoran di Malaysia.

Terdapat pelbagai jenis mee goreng di pasaran tetapi resepi mee goreng basah adalah mee yang paling mudah dimasak dan digemari ramai seisi keluarga.

Resepi mee gorang basah sedap ataupun biasa adalah makanan yang amat serasi dengan masyarakat Melayu sama ada untuk sarapan, makan tengah hari, minum petang atau makan malam. Kalau jamuan makan lepas meeting, mesti ada mee goreng dan bihun goreng putus-putus kegemaran Melayu. Sebab apa Melayu suka bihun goreng  putus-putus? Menurut CEO PTS Publication, Puan Ainon Muhammad, low class and middle class Meleis suka bihun goreng putus-putus sebab mereka makan bihun goreng dengan sudu. Upper class Meleis pulak makan bihun dengan garfu dengan cara memutar-mutarkan garfu seperti makan spegeti, jadi mereka prefer high class bihun yang panjang2 tidak putus apabila digoreng.

Mee goreng basah juga sedap disediakan dengan rasa yang pedas kerana dapat membangkitkan selera si penjamu.


RESIPI MEE GORENG BASAH SEDAP


BAHAN-BAHANNYA :

·         Hirisan daun sup#

·         Bawang goreng#

·         Hirisan cili merah#

·         Hirisan tomato#

·         600 g mee kuning

·         1 cawan daun kuchai yang telah dikerat2

·         Taugeh...(yang ni ikut suka banyak mana nak letak)

·         2 pokok sawi

·         1 cawan udang (mengikut keperluan masing-masing)

·         3 ulas bawang putih

·         2 camca besar cili kisar

·         1/2 camca teh cuka makan

·         2 biji telur, dikocok sedikit

·         2 camca besar sos tiram*

·         1 camca besar sos tomato*

·         1 1/2 camca besar sos cili*

·         1 camca besar kicap pekat*

·         Kicap cair secukupnya

·         Air rebusan kulit udang secukupnya

·         Belahan limau kasturi#



(#- bahan yang bertanda adalah bahan sampingan)

(*-bahan yang bertanda adalah bahan sos)



CARA-CARA


1.      Cuci mee, kemudian siram dengan air panas. Tos dan sejatkan. Cuci bersih sawi, asingkan daun dan batangnya, kerat2 daun sawi, ketuk sedikit batang sawi dan kerat. Kupas udang, cuci kulitnya dan rebus untuk stoknya. Cuci taugeh dan toskan. Ketepikan.

2.      Panaskan minyak di dalam belanga atau kuali atau pun periuk.

3.      Ketuk dan cincang kasar bawang putih dan tumiskan sehingga keperangan dan kewangian.

4.      Humbankan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.

5.      Kemudian, masukkan sos tomato, sos cili, kicap dan sos tiram serta serbuk perasa. Kacau perlahan-lahan selama lebih kurang 120 -240 saat.

6.      Kemudian, masukkan udang dan batang sawi tadi.

7.      Waktu ni, bolehlah rasa tahap kemasinannya, dan masukkan garam sedikit demi sedikit. Jangan terlajak garam yer, buruk padahnya. Sebenarnya, perencah ini telah pun kaya dengan garam daripada sos-sos tadi.

8.      Setelah itu, masukkan telur dan kacau sehingga bercampur dengan perencah tadi. Jangan panic jika anda rasa perencah anda terlalu banyak dan berair, tenang ajer dan ingatlah Allah banyak-banyak.

9.      Ini kerana, mee yang anda akan masukkan akan mengembang dan menyerap segala kebasahan perencah anda. Kemudian, masukkan mee ke dalam perencah yang ditumis tadi. Gaul ,gaul dan gaulsehingga sebati.

10.  Agak2 mee tu dah mengeluarkan asap, masukkan sayur dan gaul lagi.

11.  Agak-agak berpuas hati, boleh laa dihidangkan.


Note :


·         Hias dengan bahan2 sampingan sebelum dihidangkan panas. Kalau suka boleh tambah bebola ikan, tauhu dan sotong dalam mee goreng tadi.

·         Nak lebih pedas, hidangkan dengan cili potong.

·         Mee goreng selalu dihidangkan untuk sarapan atau minum pagi atau selalunya sebagai brunch.

·         Jika sudah menggunakan ayam atau daging,digalakkan untuk tidak memasukkan makanan laut seperti udang atau sotong untuk mengelakkan percampuran dan sebaliknya.

·          Orang tua mencegah kita makan makanan laut bersama daging kerana di dalam makanan berdaging seperti daging lembu,kambing dan ayam mengandungi ion positive (+) manakala makanan laut seperti ikan, udang, sotong, kuda laut dan mentibang  mengandungi ion negative (-).

·         Mengikut teori sains, kedua ion ini akan menarik satu sama lain. Justeru, campuran makanan berlainanan alam ini akan menyebabkan reaksi biokimia yang boleh merosakkan usus. Akibat?,boleh menyebabkan sakit perut dan perut buncit.