RESIPI MEE
GORENG BASAH SIMPLE
PENGENALAN
Mee
goreng ialah satu hidangan terkenal di Indonesia, Malaysia, dan Singapura. Ia
adalah dibuat dengan mee kuning nipis digoreng dengan bawang, udang goreng,
cili, sayur-sayuran, tomato, dan telur. Ia biasanya boleh didapati pada gerai
mamak di Singapura dan kebanyakan gerai dan restoran di Malaysia.
Terdapat
pelbagai jenis mee goreng di pasaran tetapi resepi mee goreng basah adalah mee
yang paling mudah dimasak dan digemari ramai seisi keluarga.
Resepi
mee gorang basah sedap ataupun biasa adalah makanan yang amat serasi dengan
masyarakat Melayu sama ada untuk sarapan, makan tengah hari, minum petang atau
makan malam. Kalau jamuan makan lepas meeting, mesti ada mee goreng dan bihun
goreng putus-putus kegemaran Melayu. Sebab apa Melayu suka bihun goreng putus-putus? Menurut CEO PTS Publication,
Puan Ainon Muhammad, low class and middle class Meleis suka bihun goreng
putus-putus sebab mereka makan bihun goreng dengan sudu. Upper class Meleis
pulak makan bihun dengan garfu dengan cara memutar-mutarkan garfu seperti makan
spegeti, jadi mereka prefer high class bihun yang panjang2 tidak putus apabila
digoreng.
Mee
goreng basah juga sedap disediakan dengan rasa yang pedas kerana dapat
membangkitkan selera si penjamu.
RESIPI
MEE GORENG BASAH SEDAP
BAHAN-BAHANNYA
:
·
Hirisan daun sup#
·
Bawang goreng#
·
Hirisan cili merah#
·
Hirisan tomato#
·
600 g mee
kuning
·
1 cawan
daun kuchai yang telah dikerat2
·
Taugeh...(yang
ni ikut suka banyak mana nak letak)
·
2 pokok
sawi
·
1 cawan
udang (mengikut keperluan masing-masing)
·
3 ulas
bawang putih
·
2 camca
besar cili kisar
·
1/2 camca
teh cuka makan
·
2 biji
telur, dikocok sedikit
·
2 camca
besar sos tiram*
·
1 camca
besar sos tomato*
·
1 1/2
camca besar sos cili*
·
1 camca
besar kicap pekat*
·
Kicap
cair secukupnya
·
Air
rebusan kulit udang secukupnya
·
Belahan
limau kasturi#
(#- bahan yang
bertanda adalah bahan sampingan)
(*-bahan yang
bertanda adalah bahan sos)
CARA-CARA
1.
Cuci mee,
kemudian siram dengan air panas. Tos dan sejatkan. Cuci bersih sawi, asingkan
daun dan batangnya, kerat2 daun sawi, ketuk sedikit batang sawi dan kerat.
Kupas udang, cuci kulitnya dan rebus untuk stoknya. Cuci taugeh dan toskan.
Ketepikan.
2.
Panaskan
minyak di dalam belanga atau kuali atau pun periuk.
3.
Ketuk dan
cincang kasar bawang putih dan tumiskan sehingga keperangan dan kewangian.
4.
Humbankan
cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak.
5.
Kemudian,
masukkan sos tomato, sos cili, kicap dan sos tiram serta serbuk perasa. Kacau
perlahan-lahan selama lebih kurang 120 -240 saat.
6.
Kemudian,
masukkan udang dan batang sawi tadi.
7.
Waktu ni,
bolehlah rasa tahap kemasinannya, dan masukkan garam sedikit demi sedikit.
Jangan terlajak garam yer, buruk padahnya. Sebenarnya, perencah ini telah pun
kaya dengan garam daripada sos-sos tadi.
8.
Setelah
itu, masukkan telur dan kacau sehingga bercampur dengan perencah tadi. Jangan
panic jika anda rasa perencah anda terlalu banyak dan berair, tenang ajer dan
ingatlah Allah banyak-banyak.
9.
Ini
kerana, mee yang anda akan masukkan akan mengembang dan menyerap segala
kebasahan perencah anda. Kemudian, masukkan mee ke dalam perencah yang ditumis
tadi. Gaul ,gaul dan gaulsehingga sebati.
10.
Agak2 mee
tu dah mengeluarkan asap, masukkan sayur dan gaul lagi.
11.
Agak-agak
berpuas hati, boleh laa dihidangkan.
Note :
·
Hias
dengan bahan2 sampingan sebelum dihidangkan panas. Kalau suka boleh tambah
bebola ikan, tauhu dan sotong dalam mee goreng tadi.
·
Nak lebih
pedas, hidangkan dengan cili potong.
·
Mee goreng
selalu dihidangkan untuk sarapan atau minum pagi atau selalunya sebagai brunch.
·
Jika sudah
menggunakan ayam atau daging,digalakkan untuk tidak memasukkan makanan laut
seperti udang atau sotong untuk mengelakkan percampuran dan sebaliknya.
·
Orang tua mencegah kita makan makanan laut
bersama daging kerana di dalam makanan berdaging seperti daging lembu,kambing
dan ayam mengandungi ion positive (+) manakala makanan laut seperti ikan,
udang, sotong, kuda laut dan mentibang mengandungi ion negative (-).
·
Mengikut
teori sains, kedua ion ini akan menarik satu sama lain. Justeru, campuran
makanan berlainanan alam ini akan menyebabkan reaksi biokimia yang boleh
merosakkan usus. Akibat?,boleh menyebabkan sakit perut dan perut buncit.